Teman - Teman :)

Saturday 1 September 2012

Aku lemah lagi tak berdaya

Tarbiyahkan diri,
Dalam malam, 
Dalam rindu bersalut dosa yang tak kunjung kelam. 

Bagaimana ya Allah, 
Mampuku kata,
mampuku kira,
Jalan tajam bersalut noda,
Yang telah aku susuri,
Tapi masih belum mampu aku berhenti.

Bagaimana ya Allah,
Untuk aku tegar,
Untuk aku berdiri tanpa sekumit gusar,
Pada cabaran dunia,
Pada khayalan singgahan sementara.

Aku tak mampu lagi ya Allah,
Bantu aku, pimpin aku,
Kerana meskipun aku sering menangis,
Tapi belum mampu ku tangkis,
Segala nafsu yang berlegar bengis.

No comments:

Post a Comment

Comment